|
owner
![]() Nurul Adila Zuber, 20, a Muslim, Bachelor of Graphic & Multimedia (Hons) Credits
| Kedai Makan Area Bangi, Putrajaya
Hi assalamualaikum! :DHarini aku nak share pasal makanan yang aku pernah makan dekat sini. *nanti aku share makanan dekat Kedah* :D Study dekat UNITEN memang salah satu benda yang paling mencabar. Sebab aku kena deal dengan dua benda dalam hidup; duit dengan belajar. Waktu zaman foundation aku masuk UNITEN, memang boleh dikatakan aku makan mewah la jugak hari-hari. Sebab time tu mama bagi duit makan ikut aku minta. Kadang kadang boleh jadi seratus dua hari. *ye tau Tapi masa tu, aku memang 8/10 habiskan duit bab makan ja. Waktu first sem, result gempak ah jugak en, pastu mama kasi duit lebih, lepastu aku pun henjoy tak ingat dunia. Pergi makan sana sini dengan kengkawan. Okay sudah bab duit. Jom masuk bab makan. Actually ada banyak tempat makan yang sedap gilos dekat sini. Since aku study dekat area Bangi, aku selalu makan dekat Restoran Hajah. Weh bukan nak cakap la kan, nasi satu pinggan + ikan keli + sambal + sayur manis + teh o ais limau = RM5 SAJA!!!!!! Murah gila serious murah. Kalau agak nak jimat boleh la makan sini, tapi selalunya pukul 12.30 ke atas memang penuh kedai ni. So kena adjust lah masa tu kasi cantik untuk makan kat sini kalau tak, lauk habis...... Selalunya kalau nak makan tengah hari, memang selalu makan dekat sini ja. Kalau ada duit lebih sikit, aku dengan kengkawan akan makan dekat D'limau Nipis depan McD Bangi. Kat sini pun masyaAllah sisturrrrrrrrr, sedap jugak makanan dia. Banyak sangat pilihan sampai tak jadi nak makan :D Tapi harga dekat sini mahal sikit berbanding dengan Restoran Hajah tapi jangan risau, still affordable gitu. Haritu aku makan nasi putih + ayam goreng + ikan masin + sambal mangga + teh o ais limau = RM 8.50 :D Tu untuk makan tengah hari, makan malam selalunya kalau nak jimat, aku beli ja dekat gerai sebelah UNITEN. Yang dekat bulatan sebelah UNITEN tu, yang nak menghala ke Putrajaya. Ha dekat situ pun sedap. Favorite aku pasembor dengan coconut shake :> Sedap and murah. Sesuai la untuk student macam hakuuuu. Tapi bukan beli time malam ye anak anak, sebab pukul 5-6 gerai gerai ni dah tutup selalunya. So, habis kelas je aku akan terus chau pergi beli makanan dekat situ untuk makan malam. Okay tu kalau dalam mode nak berjimat lah kan. Kalau agak taknak jimat, ada duit lebih, aku akan makan dekat Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. Ha dekat sini nasi ayam hainan, pulut mangga, roti john dia memang sedap sangat. Taklah sangat tapi sedap la hahaha. Harga pun boleh la tahan. And paling best, persekitaran dia yang privacy gitu. Tak percaya, try la makan situ. Best! Lagi satu, aku suka makan dekat Sate Baung, Kajang. Sedappppppp sangat sate and char kueh teow dia. Sate ayam satu batang RM0.80. Dia punya rasa manis manis gitu aaaaa sedap sangat. Char kueh teow dia pun sedap. Satu pinggan RM4.50 sajoi. Tambah pulak makan dengan cili jeruk dia. :'DDD Labels: food hunter, kedai makan, makan |
0 Comments:
Post a Comment